Wednesday, 28 September 2011

Debat BERSIH dengan SPR

        Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

           spr.jpg, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan 
undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan." 

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

Mengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."


Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.
Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.
Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa 

orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi.

Dipetik dari sumber------

Saturday, 24 September 2011

ADUN Pantai Damai dibidas tarik balik bantuan nelayan

KEADILAN menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai,Dr Abdul Rahman Junaidi yang mengugut untuk menarik balik pemberian bantuan kepada nelayan di kawasan itu hanya kerana menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat.
 Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak,Wan Zainal Wan Sanusi berkata,ugutan itu jelas menunjukkan betapa terdesaknya Barisan Nasional (BN) demi mempertahankan kuasa mereka yang kian terhakis selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 15 kerusi DUN pada Pilihan Raya Sarawak yang lalu.
 "Rahman jelas tidak profesional dan sebagai ahli politik yang sudah lama,beliau sepatutnya melihat sokongan rakyat kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat sebagai memenuhi asas demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk memilih seorang wakil rakyat ,"katanya kepada suara keadilan.
  Beliau turut mengakui lebih 400 nelayan di DUN Pantai Damai mengundi Pakatan Rakyat di kawasan itu.

-sumber dipetik dari suara keadilan rakyat-

"YELLOW SATURDAY"


Kuching-24 september 2011.sabtu  program "YELLOW SATURDAY" anjuran Parti Keadilan Cabang petra jaya,Tujuan diadakan bagi menyokong kempen BERSIH bertujuan tuntutan-tuntutan bersih kearah proses pilihan raya.Program sebegini akan diadakan setiap sabtu sehinggalah pihak kerajaan melakukan sesuatu keatas tuntutan-tuntutan Bersih serta ketelusan dalam pilihan raya yang akan datang.Selain itu program ini bertujuan untuk mendaftar nama-nama baru sebagai pemilih untuk pilihan raya.
                                                
turut kelihatan saudara Zulrusdi bersama AJK