Sunday, 26 February 2012

Anwar Ibrahim Tegas Batalkan Lynas Jika Perintah Putrajaya!


Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.

Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.


"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat.

Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Penganjur selepas itu mengisytiharkan perhimpunan itu sudah berjaya dan berharap beserta bersurai dengan aman.


Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.

Himpunan Hijau 2.0: Polis Kata Cuma 3000 Yang Hadir?


Sekali lagi Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sudah bikin panas!

Terbaru, dikhabarkan, melalui satu laporan yang dipetik Bernama (baca : Tiewnama), hanya TIGA RIBU orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan mega membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakinilebih 10 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.

Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:

1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang. 

2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang. 

3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak. 

4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi. 

5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi. 

6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 12612 orang. 

Ini bukti kiraan matematik tepat yang sekaligus menyangkal dakwaan Polis yang dibantu oleh pencacai Umno-APCO seperti Tiewnama yang cuba untuk memperlekehkan bilangan peserta himpunan, itu pun tidak termasuk hadirin yang berada di luar padang yang sama-sama menyaksikan himpunan dari jauh!

Nampaknya selepas Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, ada baiknya kesemua anggota polis dan media dihantar berkursus dalam mata pelajaran matematik dan bukannya sibuk hendak menipu rakyat dengan fakta dan keterangan palsu semata-mata!

JALAN PULANG


Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu namun polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof.

Beliau berkata polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa pemimpin politik turut membuat ucapan berbaur politik pada perhimpunan itu sekalipun antara syarat perhimpunan itu ialah tidak dibenarkan berceramah perkara lain selain isu alam sekitar.

Syarikat Lynas Advanced Material Plants telah diberikan lesen untuk beroperasi sementara.

- Tiewnama

MENGEJUTKAN! – 40 Kapal Dagang Berlayar Dari Port Haifa ISRAEL Ke Malaysia Dalam 2 Minggu ?

Memang mengejutkan! Carian jadual pelayaran dalam laman web linescape,  menunjukkan 40 buah kapal2 dagang dari pelabuhan Haifa di Israel berlayar ke Pelabuhan Kelang dalam tempoh hanya 2 minggu sahaja iaitu dari 20 Feb hingga 5 March!
Pencarian dilaman web ini hanyalah untuk pelayaran sehala sahaja dan hanya terhad kepada pelayaran kapal2 dagang antara Port Haifa ke Pelabuhan Kelang.
Kalau dikira sekali pelayaran dari pelabuhan2 yang lain di Israel ke pelabuhan2 di Malaysia dan barang dagang yang akan dibawa kembali ke negara Yahudi saya percaya pelayaran kapal2 dagang akan mencecah melebihi ratusan pelayaran dalam sebulan.
Inikah yang disebut oleh pemimpin tertinggi UMNO, Datuk Seri Najib Abd. Razak dan Datuk Muhyiddin Yasin bahawa Malaysia tidak mempunyai apa2 hubungan diplomatik atau dagangan diantara Malaysia dan Israel.
Dalam surat Dr. Mahathir klik disini yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel pada tahun 1999, ada  menyebutkan bahawa Dr. Mahathir ingin mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan kita percaya hubungan diplomatik sudah pun wujud sejak era Dr. Mahathir lagi.
Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah hikmah dari intebiu media Wall Street Journal dengan DS Anwar Ibrahim yang disensasikan oleh media Umno dan pemimpin2 Umno.
Dari situ bermulalah pembongkaran demi pembongkaran tentang hubungan dagang antara rejim Najib dan rejim Yahudi yang amat memeranjatkan kita semua dimana pembongkaran2 ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan UMNO dengan Yahudi!
Sampai hari ini rejim Najib tidak berani menafikan hubungan mesra yang sedang terjalin diantara kerajaan UMNO/BN dan negara haram yahudi, Israel!
-saronglama

Monday, 20 February 2012

Akta Perhimpunan Aman : Kita telah ditipu hidup-hidup



Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. - Merdeka Review

Apa itu Akta Polis Seksyen 27.
 
 
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat pertama kali yang sepatutnya dibawa oleh Najib tetapi pada saat akhir dibawa Menteri yang jaga parlimen, Nazri Aziz. Patut ler beliau tidak membenarkan ianya dihebahkan kepada umum sebelum ianya dibacakan oleh bos beliau. Gua ingin berkongsi dengan lu all, apa itu akta polis seksyen 27, 27A, 27B dan 27C yang menjadi kontroversel ketika ini.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan:
1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa didalam bangunan kebiasaannya dibenarkan.

Maka lu all boleh ler bezakan antara akta diatas dengan RUU Perhimpunan Aman yang baru dibacakan. Adakah Rang Undang-undang ini lebih bagus atau lebih zalim, maka lu all sendirilah yang nilaikan kerana ini melibatkan kepentingan awam.

Antara kandungan penting rang undang-undang yang dicadangkan itu:

1. Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang ditetapkan oleh menteri dalam negeri.
2. Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan dari polis.
3. Tiada protes jalan dibenarkan.
4. Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
5. Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.
6. Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.
7. Individu bawah umur 21 tahun tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan
8. Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan. Ini tidak termasuk perhimpunan berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

 
Dimanakah keadilan buat rakyat marhaen bila akta baru untuk mengantikan akta polis seksyen 27 lebih zalim dan menindas hak rakyat untuk bersuara.

Kita telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan milik Umno kerana kita menyangkakan akta yang baru hendak digubal ini lebih baik daripada akta polis. Inilah kecelakaan yang dibawa oleh Umno terhadap rakyat dalam mempertahankan kesenambungan politik mereka.

Umno berhujah "Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri". 
 
Nampaknya Umno semakin menyerlah dan cuba mewujudkan sikap pemerintahan diktator dalam mengengkang rakyat marhaen bersuara dan menentang segala penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan. Malah menteri dalam negeri, Hishamuddin dengan sikap sombong dan angkuhnya berkata tidak akan menarik balik akta tersebut atau menerima sebarang rayuan dari mana-mana pihak agar ianya dikaji semula.

Inilah sikap angkuh pemimpin Umno yang semakin hari semakin ego dan sombong dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka. Mereka merasakan yang mereka akan berkuasa buat selama-lamanya tanpa menoleh kebelakang untuk melihat apa yang terjadi kepada para pemimpin yang sealiran dengan mereka yang akhirnya tumbang ditanya rakyat mereka sendiri. Inilah masanya rakyat patut bangun menentang akta yang bersikap drakula dan usah lagi percaya dengan kata-kata manis Najib yang kononnya ingin melakukan perubahan. kita pasti dua akta baru yang akan mengantikan akta ISA laknatullah pasti lebih zalim dari akta ISA itu sendiri kerana inilah buktinya.

Ben Ali dari Algeria, Mubarak dari Mesir, Gaddafi dari Libya, Suharto dari Indonesia, Arroyo dari Filipina telah tumbang ditangan rakyat mereka sendiri. Sikap para pemimpin ini sama sahaja dengan sikap pemimpin Umno yang angkuh kerana mereka merasakan bahawa tiada siapa yang berani menjatuhkan mereka. Siapalah kamu wahai Umno yang sombong,
 
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang kamu tidak tahu. Maha suci bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menjadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Bijaksana dan tidak pula Allah itu adalah MahaThir kerana Mahathir adalah Bapa Mizan".  -

BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup


Oleh : Tok Janggut 
Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya. 

Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara.  

Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak? 

Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu. 

Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsan RM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat. 

Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya. 

Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.
 
Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain. 

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.
 
Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu. 

Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggup diperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO? 

Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka.

Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.

Jika "ARAK" itu ibu segala kejahatan, "UMNO" pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran. Maka benci & jauhilah kedua-duanya untuk selamat dunia dan akhirat."

PERANG BESAR BLOGGER PENCACAI SUDAH BERMULA

Benarkah si celaka ini dibayar RM 1 juta setahun oleh pemimpin Umno?


Amat sedih bila baca blog rakan saya yang menyatakan betapa sedih dia bila ada rakan yang sepatutnya berjuang dengan dia, berlagak seperti samseng kerana mendapat sokongan pemimpin dalam parti tidak terhingga sampai langit dan bulan tidak di kenali. Dah lah kita semua sudah tahu bahawa dia pow kiri kanan sampai perut sudah buncit seperti Humpty Dumpty tetapi Blogger perut buncit ini mungkin tidak baca bahawa bila dia jatuh dan pecah di bawah, semua tentera bala nya tidak dapat cantumnya kembali lagi.

Dalam dunia alam maya baru ini, kita terdiri dalam tiga golongan, yang berjuang Fisabilillah, yang berjuang kerana digaji seorang Pemimpin dan yang Blogger Lintah, yang akan pow kiri kanan tidak kisah dari mana dan tidak kisah apa yang keluar. Blogger Lintah yang tidak heran dengan parti kerana kebanyakkan daripada mereka bukan ahli parti dan tidak tahu maksud perjuangan. Ada seorang yang sudah dilantik oleh Kepimpinan Kedah yang jelas jelas adalah ahli PAS seumur hidup. Tetapi di ambil juga oleh kepimpinan Kedah kerana mungkin dia dapat jadi Trojan Horse untuk parti menang, tetapi trojan horse yang menulis melagakan semua tidak boleh menjamin masa depan satu parti kalau budaya ini di bawa kepada melagakan Pemimpin.

 
 Inikah pemimpin yang difisabilillahkan oleh para blogger pencacai celaka lagi sial?
 Atau pun pemimpin Islam Umno ini?


Pejuang Fisablillah yang berjuang tanpa imbuhan atau fikir akan dapat apa apa sampai di akhirat bila dia boleh jawab apa dia buat untuk Agama Bangsa dan NegaraBeribu di alam maya yang ada dalam kumpulan masing masing tidak berbeza dari kepimpinan sekarang dan dalam parti pembangkangSetiap satu ada pendirian masing masing tetapi hakikatnya adalah kesayangan dia kepada parti lebih daripada Blogger yang perutnya buncit hanya memikir tentang diri dia sendiri tanpa ada kasih atau sayang terhadap parti yang menjunjung depan kakinya.

Dulu di bayar lima ribu sebulan untuk jatuhkan seorang pemimpin, sekarang di bayar sampai sejuta setahun untuk menjadi Trojan Horse dalam parti untuk malagakan semua sampai parti pembangkang dengan senang akan menjejak kaki ke dalam PutrajayaBlogger yang perutnya buncit, yang di panggil Mammuu oleh rakan lintahnya tetapi tidak faham bahawa yang mengelilinginya sekarang hanya menunggu dia di heret ke muka pengadilan bersama sahabat karibnya untuk meluangkan masa di lokap Kamunting selepas Pilihanraya UMUM ke 13. Tak perlu beragak agak kerana kes demi kes yang di bawa terhadap rakan nya, ada juga nama Blogger perut buncit di bawa sebagai saksi pendakwa. Saksi pendakwa untuk sabitkan rakan nya sekali supaya dia tidak perlu lama di dalam, dan tidak perlu bayar berjuta dalam kes fitnah.

Beratus kali Ketua Penerangan sudah beri taklimat supaya yang ingat dia hebat, rendah kan diri, turunkan tempo dan fokus kepada menang Pilihanraya UMUM ke 13, tetapi di dalam satu parti di mana perebutan kuasa dan budaya cantas terlalu meleluasa, bagaimana kita boleh hapuskan, kalau bukan dengan parti kalah dalam PRU 13 nanti. Hanya dengan kekalahan berikut, boleh beri kepimpinan kuasa untuk buang semua anasir jahat yang melanggar syariat dan hukum demi membuncitkan lagi perut mereka hanya pentingkan diri mereka sendiri, dan puak puak yang berlagak seperti mereka sudah jadi Perdana Menteri negara.

Blogger Lintah ini sudah berlagak seperti samseng. Apa yang mereka tidak tahu adalah apa sebenarnya samseng dan bagaimana kalau samseng itu bertindak ? Mereka tidak faham kerana duduk dalam kumpulan yang berlagak hari hari seperti mereka adalah dewa seperti ketua pakatan mereka. Ahli PAS seumur hidup di Kedah, Perak sudah hancur kerana di lagakan Blogger perut buncit ini, dan Selangor berada dalam keadaan amat kritikal kerana semua dana sudah di makan perut buncit ini. Sampai yang perlu berjuang tidak dapat dana sampai tiga puluh sebulan untuk bayar broadband umobile mereka. Kerana berjuta sudah habis kenyangkan Blogger Perut Buncit yang sudah lupa langit dan bumi di mana.
Jatuhkan semua pemimpin yang bersekongkol dengan mereka. Ini saja cara untuk menyelamatkan parti Agama dan Bangsa.


 ~ Blogger Pencacai Tembak Kurang Tepat 

NAJIB DINOBAT JUARA HIPOKRIT OLEH AKHBAR WASHINGTON POST-US


Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk 'membeli' penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial.

"Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar," kata kenyataan tersebut.


Hubungan ekonomi

Walaupun jenis program yang berkaitan dengan Malaysia telah disebut tanpa butiran yang banyak, BBC menyatakan dengan jelas bahawa 8 daripada program-program ini mempunyai ‘hubungan ekonomi’ dengan kerajaan Malaysia.
 

Selepas banyak cacian awam daripada pihak pembangkang, Najib akhirnya mengaku kepada Parlimen bahawa ia telah membayar RM84 juta untuk FBC Media antara 2007 dan 2010 bagi 'perkhidmatan perundingan, nasihat dan pengurusan kempen komunikasi' untuk memperindah imej Malaysia. Selain daripada mengecat imej palsu memuji-muji dirinya, dokumentari itu juga menggambarkan industri minyak sawit Malaysia dan layanan orang asli sebagai amat memberangsangkan yang sebenarnya indah khabar dari rupa.

Akhbar harian British The Independent, akhbar yang memecahkan skandal itu, melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada anggaran 74 juta penduduk global berhubung perkara itu. 

Menurut laporan itu, penonton daripada "Kuala Lumpur untuk Khartoum" akan dapat menonton siaran yang disediakan kepada 295 juta rumah, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 syarikat penerbangan dan 35 platform telefon bimbit, di 4 zon masa yang berbeza. Menurut kenyataan BBC, jawatankuasa piawaian editorial Amanah BBC telah mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam garis panduan editorial yang disebabkan program-program yang silap.

"Ia telah dipersetujui bahawa memandangkan keadaan serius kerana tidak memohon maaf ketika penyiaran kepada penonton adalah sesuai," kata kenyataan tersebut.Tetapi tidak satu perkataan pun dari Najib atau pasukannya. Dimalukan secara awam, dan masih lagi Utusan, The Star dan semua organ media tidak membawa sebarang kata mengenai perkara itu.


Tidak salah baginya menuntut maaf

Jadi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut permohonan maaf daripada Perdana Menteri, beliau telah disokong oleh orang ramai walaupun mereka kata bahawa Najib akan berpura-pura untuk mengabaikan keseluruhan insiden atau mengutuknya sebagai "hasutan pembangkang". Tetapi adakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat membayar RM84juta kepada firma publisiti UK? Siapakah yang mengarahkan FBC untuk menggilap imej Najib, memberi laporan yang terlalu cemerlang mengenai manfaat penggunaan minyak sawit, dan memuji pengendalian BN tentang orang pribumi?  

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana membayar RM84juta bagi menggilap imej pentadbiran Najib ... sama seperti BBC meminta maaf untuk menerima bayaran sebagai pertukaran untuk imej yang positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod teruk bagi amalan demokrasi dan rasuah,"Guan Eng menulis di dalam satu kenyataan.
 

Walau bagaimanapun, dalam gambaran sedih tentang kalibernya, Najib telah memilih untuk menyembunyikan kepalanya dalam pasir. Begitu juga dengan kerajaan UMNO-BN yang diketuainya. Mereka semua seolah-olah gembira dengan dengan meletak kepala mereka dalam pasir dan menunggu supaya semua perkara menghilangkan diri. Siapa yang selain dari parti pembangkang yang akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Adakah MCA akan bertanya kepada Najib tentang RM84juta yang dibuang ke dalam longkang? Adakah Gerakan, atau MIC? Bagaimana pula dengan Umno? 

Namun, ia adalah lebih daripada beberapa saat memalukan bagi Malaysia dan satu lagi dimana Najib perlu memohon maaf. Itulah tahap minimum untuk memulihkan sedikit penghargaan global yang hilang melalui tindakan yang kurang bijaksana dan tidak beretika kerana membayar sebuah firma media upahan yang hanya pada asasnya untuk memulakan berita palsu dan menyebarkan kepada penonton yang tidak curiga.  

Ada juga APCO, Mr Cool dan Ah Jib Gor ...

Tidak syak lagi, berikutan pendedahan FBC, Putrajaya mengakhiri kontrak 
RM96juta dengan FBC,dimana Najib mulakan pada tahun 2009. Tetapi FBC bukan hanya skandal media sahaja. Berikutan perasaan dan kedahagaannya untuk menjadi lebih hebat, Najib telah menandatangani strategi hubungan awam lain termasuk Zionis yang disokong oleh APCO Worldwide untuk menggilap imej peribadi beliau.

Berikutan serangan terhadap saingan ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin, pelantikan itu adalah hipokrit sebenarnya, terutamanya sejak Najib memberi kakitangan APCO akses kepada kemudahan komunikasi utama di negara ini. Ia adalah amat diketahui bahawa ramai kakitangan tertinggi di APCO adalah bekas pegawai peringkat tinggi di Shin Bet dan Mossad, perkhidmatan rahsia Israel. Itu adalah lawak yang teruk dan apabila Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah mengambil isu mengenai perkara itu, kerana takutkan pelanggaran keselamatan negara, Najib menggantung mereka dan mengunci Parlimen selama 6 bulan!

Malah, tempoh APCO di Malaysia telah ditandakan oleh kontroversi. Begitu juga dengan pelantikan paling terkini pasukan kononnya terdiri daripada bekas kakitangan kempen "Parti Buruh Baru" bekas PM British Tony Blair. Kumpulan ini telah ditugaskan untuk menjadikan Najib 'Mr Cool' dan membaharui beliau sebagai reformis yang sederhana. 

Apabila berita dibocorkan, ia adalah jelas bahawa Najib telah gagallagi, kehilangan berjuta-juta wang awam. Rakyat Malaysia sama ada ketawa atau kecewa dengan perkara mengarut yang dikeluarkan beliau. Malah laman web Facebook ‘Ah JIB Gor’ telah gagal. Bertujuan untuk menarik orang Cina, ia telah diejek sebagai bodoh, tidak bergaya, dan satu langkah politik yang terdesak.  

Keputusannya - Najib menjadi Juara Talam Dua Muka 

Bukti bahawa penipuan media yang keterlaluan Najib tidak berkesan dan sebaliknya berpatah balik dalam bentuk sengatan dari editorial Washington Post yang mempunyai jawatan berpengaruh, yang menggambarkan kerajaan Najib sebagai “Juara talam dua muka”. Ingat, Presiden Obama dan Hillary Clinton juga membaca Washington Post.  

"Penipuan beliau telah dipermudahkan oleh juara talam dua muka yang lain, kerajaan Malaysia, yang mendakwa menghormati kedaulatan undang-undang tetapi menghantar Encik Kashgari dalam jet peribadi Saudi pada hari Ahad walaupun perintah mahkamah melarang beliau dari deportasi," kata Washington Post. 

Washington Post merujuk kepada wartawan Saudi Hamza Kashgari yang dideportasi secara haram sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein dari menghadapi kematian di negara sendiri disebabkan beberapa tweet pihak berkuasa Arab Saudi yang dianggap terkutuk. Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia telah memberi amaran, jika Hamza dihukum, akan terdapat darah di tangan Najib.

Jadi cukuplah dengan kata-kata hipokrit. Permainan telah berakhir. Anda telah bersalah. Mengakulah dan meminta maaf. Najib berhutang kepada Malaysia satu permintaan kemaafan atas skandal media yang diciptakan beliau dengan cara yang salah, dan kerana membazirkan wang rakyat secara bodoh dan terang.