Sunday, 26 February 2012

Himpunan Hijau 2.0: Polis Kata Cuma 3000 Yang Hadir?


Sekali lagi Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sudah bikin panas!

Terbaru, dikhabarkan, melalui satu laporan yang dipetik Bernama (baca : Tiewnama), hanya TIGA RIBU orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan mega membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakinilebih 10 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.

Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:

1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang. 

2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang. 

3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak. 

4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi. 

5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi. 

6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 12612 orang. 

Ini bukti kiraan matematik tepat yang sekaligus menyangkal dakwaan Polis yang dibantu oleh pencacai Umno-APCO seperti Tiewnama yang cuba untuk memperlekehkan bilangan peserta himpunan, itu pun tidak termasuk hadirin yang berada di luar padang yang sama-sama menyaksikan himpunan dari jauh!

Nampaknya selepas Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, ada baiknya kesemua anggota polis dan media dihantar berkursus dalam mata pelajaran matematik dan bukannya sibuk hendak menipu rakyat dengan fakta dan keterangan palsu semata-mata!

JALAN PULANG


Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu namun polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof.

Beliau berkata polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa pemimpin politik turut membuat ucapan berbaur politik pada perhimpunan itu sekalipun antara syarat perhimpunan itu ialah tidak dibenarkan berceramah perkara lain selain isu alam sekitar.

Syarikat Lynas Advanced Material Plants telah diberikan lesen untuk beroperasi sementara.

- Tiewnama

No comments:

Post a Comment